Tuesday, November 15, 2011

Tempahan Kalendar Kuda 2012


TAHUN 2012 AKAN MENJELMA TIDAK LAMA LAGI, JADI
KEPADA SESIAPA YANG MAHUKAN KALENDAR KUDA DENGAN
DESIGN ANDA SENDIRI, BOLEHLA MEMBUAT TEMPAHAN
SEKARANG!

RACING HORSE CALENDAR (RC2)
SIZE: 110MM X 130MM

MATERIAL: 260GSM ART CARD
QUANTITY: 100 SETS
ONLY RM99 !!!

MATERIAL: 260GSM ART CARD + MATT / GLOSS
LAMINATION
QUANTITY: 100 SETS
ONLY RM169 !!!

RACING HORSE CALENDAR (RC1)
SIZE: 267MM X 210MM
MATERIAL: 260GSM ART CARD
QUANTITY: 100 SETS
ONLY RM199 !!!

MATERIAL: 260GSM ART CARD + MATT / GLOSS
LAMINATION
QUANTITY: 100 SETS
ONLY RM 289 !!!

Minimum order:
100,200,300,500,1000,2000,3000,4000,5000

UNTUK DETAILS:

EMAIL : elfalahuddin8@gmail.com
CONTACT : 012-336 4144
BLOG : http://alrizqi-technologies.blogspot.com

Wednesday, August 24, 2011

Iklan Perniagaan PIXELmedia

Iklan Biz

Promosi Biz Card Sempena MERDEKARAYA




::: Promosi Biz Card Kini di buka sempena MERDEKARAYA :::

Ciri2 Kad :

1. 260 Art Card + Gloss Lamination (di salut plastik berkilat)
2. Full Color
3. FREE Full Design
4. Perkhidmatan kurier sehingga depan rumah anda di sediakan

Harga :
(Kurang 10 kotak - Minimum order 2 kotak)

1. Single Side - RM 20
2. Both Side - RM 25
3. Tidak termasuk harga pos (bergantung kepada kuantiti)

Harga :
(Tempahan lebih 10 kotak untuk satu design)

1. Single Side - RM 14
2. Both Side - RM 20
3. Tidak termasuk harga pos (bergantung kepada kuantiti)

Cara Bayaran :

1. Bank-In bayaran anda ke akaun maybank 105074078356 (FULL PAYMENT ONLY)
2. Scan dan emailkan slip pembayaran anda ke elfalahuddin8@gmail.com

Sebarang tempahan dan sampel, sila lawati blog http://alrizqi-technologies.blogspot.com/ atau PM aku di Facebook hyttp://facebook.com/elfalahuddin8


Thursday, August 18, 2011

Ramadhan Kareem



Assalamualaikum.... rasanya lama dah aku x update Personal Blog nih... bukan apa, bz sangat ngan tugasan seharian. Dengan projek animasinya lagi, manuskrip Novel terbaru aku lagi... macam-macam benda nak buat. Apapun aku harap, everything success, insya'Allah. Sekarang nih mood raya dah sampai, mesti masing2 sibuk dengan persiapan rayanya. Tapi aku... satu apa pun x beli lagi. Entahlah... bagi aku hari biasa ngan raya sama ja bagi aku. Yang pastinya dapat beli sepersalinan untuk my beloved UMMI dah ler. Itu pun aku dah rasa berbaloi. Yang penting ummi cantik di pagi raya. Sejuk mata memandang. Bersempena bulan yang baik ini, aku menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf pada kawan2 yang mengenali diri ini. Moga kita semua di berkati kelak, insya'Allah.

Monday, June 27, 2011

Tempahan Kad Raya & Sampul Duit Raya


BERITA BAIK : Al-RizQi Technologies kini menerima tempahan Kad Hari Raya & Sampul Duit Raya sama ada dengan design anda sendiri ataupun menggunakan design yang di buat oleh pihak designer kami. Minimum tempahan adalah 500 keping. Sekiranya berminat, sila hubungi dengan segera. Terima kasih...~~~~

Tuesday, March 29, 2011

Ilham...


Tepat pukul 4.00 pagi aku mencoretkan nukilan nih... awal sungguh aku bangun pagi nih.... bukan apa... mencurah-curah ilham aku pagi nih.....nak tau ilham apa? tungguuuuuuuuu !!!!

Sunday, March 27, 2011

Pasar Malam


Nasi Briyani Nih Memang Best

Alhamdulillah..... lepas solat maghrib td, sempat lg termenung kat sofa..... bukannya nak fikir apa sangat pun. Just melayan perasaan yang ntah apa2 ntah..... kosong ja kotak fikiranku tika ini. 15 minit kemudian, teragak plak nak pi pasar malam. Kebetulan perut pun dah teramat kebulur nih. Dari tengahari pagi langsung x jumpa2 nasi. Mmg lapat teramat sangat. Biasalah kan, perajin sangat nak masak. Camnilah jadinya...hehe......


Jagung Rebus Nih Mengingatkan Aku Pada Arwah Ayah.. Al-Fatihah

So aku pun bersiap untuk ke pasar malam. Tak plan pun nak makan apa malam nih. Yang pasti nak makan nasi. Sampai ja kat pasar malam, ternampak plak dengan Nasi Briyani Ayam Goreng Kampung. Nampak macam best ja. So aku pun tapau la sebungkus. Murah pun murah, baru RM 4. Pastu nak cari makanan kegemaran aku plak. Nak tau apa? Pastinya Jagung Rebus...perh mmg kegemaran aku sejak aku dari dulu. Kebetulan masa zaman-zaman aku skolah dulu, arwah ayah aku ada ladang jagung. Memang puas la makan jagung, sampai kena marah kat cikgu sbb jual jagung rebus kat sekolah. Bila di ingatkan balik, memang kelakar time tuh. Ala... sekadar mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan sekolah aku time tu. Benda dah lepas... x perlulah nak diingat-ingatkan balik.


Sirap Laici Minuman Kegemaran Iz

Jalan punya jalan, ternampak plak Sirap Laici. Macam best ja air tuh. Huhu..... tetiba teringat plak kat si Iz.... kawan baik aku. Mana tanya, tiap kali kitorang jumpa, x tinggal ngan sirap laici nya. Hehehe.... apa pun miss him so much......

Pameran Kerjaya BN

Hi semua..... lama dah aku x update entry nih..... banya sangat kerja nak buat..... macam2 perkara nak kena settlekan sebelum hujung bulan nih..... malam nih lepas layan Pertandingan Akhir Akademi Al-Qur'an, dalam  x semenda-menda, trus terlelap atas sofa. Mana x nya puas dok merayau gi tgk Pameran Kerjaya BN di PWTC. Tapi awal lah pulak aku celik pagi nih....4.20 pagi dah terjaga.... mungkin dah terbiasa bangun awal sejak dulu lagi aganya. Mungkin dah terbiasa dengan didikan ibu bapa aku di kampung sejak dulu-dulu. Aku pi pameran tuh bukan lah apa sangat sebenarnya.... saja nak menyebok untuk memeriahkan suasana. Seharian dok merayau ngan adik angkat aku. Sebok sangat nak pi, dah bagus-bagus kerja jadi pegawai kerajaan, bukannya nak cari kerja ke apa.... saja nak cuci mata katanya. Sambil dok merayau di celah-celah kesesakan orang nih.... ada gak la 2-3 orang yang aku kenal kat booth tuh. Sempat gak la dok berborak sakan. Cerita macam 10 tahun x jumpa...wakakaka.... tapi alhamdulullah gak la... ramai gak rakan-rakan aku yang berjaya. Lepas selesai solat maghrib kat PWTC, hantar adik angkat aku balik sat, pastuh trus ambil komuter menghala ke rumahku. Diam x diam.... waktu isya' baru sampai rumah. Fuh, letih.


Pas Kemasukan Pameran 




Ramai Giler Orang Time Ni Dok Bersesak-Sesak

Wednesday, March 16, 2011

Fasa Ke-2


Alhamdulillah... akhirnya aku terpilih untuk ke fasa yang ke-2
Fasa ke-2 akan diadakan pada 13-16 April 2011 di Bagan Lalang Sepang Selangor
Tahniah pada diri aku sendiri... aku akan buat yang terbaik.

Wednesday, March 9, 2011

Cinta


Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu..

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku
dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling dariMu..

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan bermunajat
di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan menyeru manusia
kepadaMu..

Sedihnya Kalau Keikhlasan Kita Di Salah Erti.....


Kenapalah x adilnya dunia nih??? Perlu ker nak mempersoalkan kebaikan diri kira? Kadang2 selalu ja di salah erti..... berkawan salah...x berkawan pun salah..... kalau macam tu baiklah jadi Katak Di Bawah Tempurung ja. Itu yang terbaik.... Apa pun redha ja la.......