Monday, January 31, 2011

Gemilang



Sinopsis Drama Gemilang 

GEMILANG menyingkap perjuangan seorang pemuda untuk membela nasib golongan pelajar yang terpinggir dengan menubuhkan sekolah swasta yang pertama (Insititut Gemilang) di kawasan pedalaman pada tahun 1977 bagi menjamin masa depan mereka.

Pelakon-pelakon Drama Gemilang

Shah Jaszle, Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Tasha Shilla serta dibantu oleh Dato’ Jalaludin Hassan, Talha Harith, Muniff Isa, Kpenq Zulkifli, Puteri Chi Chi, Amin, Gregory Sze Lai Huat, Qishz, Nash dan Diandra Arjunaidi.

Sunday, January 30, 2011

Hujan Air Mata


Sambil menung2 depan PC, tetiba jumpa lagu nih..... bila play... menitik air mata aku secara tiba-tiba. Menanglah ada kena mengena dengan kisah hidup aku. Tapi entahlah..... mmg dah takdir aku begini. Namun aku harus kuat untuk teruskan hidup di dunia yang penuh pancaroba ini. Ya Allah.... tetapkan imanku..... kuatkan semangatku untuk mengharungi dugaanMu Ya Allah.....

Saturday, January 29, 2011

Layan Lagu Jap


Lama dah x layan lagu nih.... sekali sekala layan best gak la..... lagu nih aku start layan zaman aku baru start bisnes dulu.... hari2 dok spin lagu arab.... sampaikan bila costumer datang premis aku.... diorang siap sapa aku " Ya Habibi Ya Maulana.....apa khabar?". Wakakakka... dah macam pak arab la plak. Sabar je ar.

Friday, January 28, 2011

I Miss My Teddy

Setelah seharian bekerja hari nih... sempat pula dok Windows Shopping kat Midvalley... bukan ngan sesapa pun... aku jalan sorang ja.... sambil tuh sempatlah capture gambar-gambar nih.... comel kan teddy bear nih.... rasa nak bawak balik ja semua..... ada sesapa yang nak kasi aku satu? Tapi nak yang BESAR punya... bleh?














Thursday, January 27, 2011

My New Company Logo

My New Company Logo PIXELmedia

Biz Card YB Dato Meme


Alhamdulillah siap jugak design Biz Card YB Dato Meme nih. Tinggal nak print ja. So design nih mmg di buat untuk semua Jabatan Kebajikan Masyarat Malaysia. Alhamdulillah...rezeki tuh.... amin ya rabb.

Wednesday, January 26, 2011

Jalan-Jalan Kuala Lumpur

Pagi tadi sebelum pi Serdang sempat jugak la  gi round2 kat Breakfield.... sempat la plak dok snap gambar sana sini. Saja nak buat koleksi untuk tontonan rakan2 aku kat dalam blog nih.... have fun......










Tuesday, January 25, 2011

Risalah Ta'lim


Alhamdulillah, akhirnya siap jugak Risalah Ta'lim edisi Rabi'ul Awal 1432 ini. Bagi sesiapa yang berminat untuk memperolehinya untuk di edarkan dalam bentuk PDF, sila bagitau aku segera

Al-Istiqomah (puisi versi bahasa arab)


Qod salaktu sabilarrosyadi muddatan thowilah
Telah kutempuh jalan petunjuk dalam masa nan panjang
وَقد أَصَابَنِيْ كَثِيْرٌ مِنْ الْبَلْوَى الاَّئِمَةْ
Wa qod ashobani katsirun minal balwa allaimah
Dan telah menimpaku sekian banyak bala’ yang menyakitkan
الَّتِيْ رَمَتْ بِيْ إِلَى حَياَةٍ صَعْبَةٍ و شَديْدَةْ

Allati romat biy ila hayatin sho’batin wa syadidah
yang mencampakkanku pada kehidupan nan sulit dan berat
و شَقَّتِ النَّفْسَ الْمُغَيَّمَةَ وَالْهِمَّةْ
Wa syaqqotinnafsal mughoyyamata walhimmah
Serta meremukkan jiwa yang redup dan segala asa
فَياَ رَبَّناَ...
Fayaa Robbana…
Duhai Rabb kami…
هَلْ هَذَا الصَّبْرُ قاَئِمٌ عَلَى قَتْلِ اْلهَوَى؟
Hal hadzashshobru qoimun ‘ala qotlil hawa?
Akankah kesabaran ini bisa tegak ‘tuk memerangi hawa nafsu?
وَ أَنَا حَشِيْشٌ وَ قَدْ تَغُرُّنِيَ الدُّنْياَ
Wa ana hasyisyun wa qod taghurruniyaddunya
Sementara, diriku amat rapuh dan dunia terkadang menipuku
وَقَدْ يُجِفُّنِيَ اْلأَمَلُ عَلَى رَغْبَةٍ مُتْعِبَةْ
Wa qod yujiffuniyal amalu ‘ala roghbatin mut’ibah
Dan, angan-angan kerap mengeringkanku di atas hasrat yang lelah
فَلاَ أَدْرِيْ... هَلْ مِنْ نُوْرٍ يَهْدِيْنِيْ إلَى اْلاِسْتِقَامَةْ ؟
Falaa adriy…hal min nuurin yahdini ilal istiqomah?
Maka, aku tak pernah tahu…adakah setitik cahaya yang menunjukiku kepada istiqomah?
فَياَ رَبَّناَ...
Fayaa Rabbana…
Duhai Rabb kami…
بِرِيْحٍ صَفِيْرَةٍ أُرْسِلُ اْلقَصْدَ اْلجَلِيْ
Biriihin shofirotin ursilul qoshdal jaliy
Lewat angin yang berdesir kukirimkan keinginan yang tinggi
يَنْفُذُ حَدَّ اْلوَقْتِ وَاْلفَضَاءِ اْلخَفِيْ
Yanfudzu haddal waqti walfadhoil khofiy
Menembus batas waqtu dan ruang yang tersembunyi

أَمْسِكْ يَدَيَّ مِنْ ذُلَّةِ اْلفِتَنِ وَاْلمَعَاصِى
Amsik yadayya min dzullatil fitani walma’ashiy
Genggamlah tanganku dari kerendahan fitnah dan ma’ashi
فَياَ رَبَّناَ...
Fayaa Rabbana…
Duhai Rabb kami…
اِنَّمَااْلجَنَّةُ هِيَ نِعْمَتُكَ اْلعَظِيْمَةْ
Innamal jannatu hiya ni’matukal ‘azhimah
Hanyalah surga itu adalah nikmat-Mu nan agung
لاَ يَبْلُغُهَا إِلاَّ مَنْ هُوَ مُسْتَقِيْمٌ عَلَى الشَّرِيْعَةْ
Laa yablughuha illa man huwa mustaqimun ‘alasysyari’ah
Tidak akan mampu meraihnya kecuali seseorang yang istiqomah di atas syari’at
فَهَلْ مِنْ رَحْمَةٍ مِنْكَ يَارَبِّيْ لِعَبْدِكَ اْلفَقِيرْ
Fahal min rohamatin minka yaa Robbi li’abdikal faqiir
Maka, adakah seuntai rahmat dari-Mu, wahai Rabb-ku, bagi hamba-Mu yang papa
تُأَدِّيْنِيْ إِلَى مَا هُوَ عِنْدَكَ مِنْ خَيْرٍ كَبِيْرْ...
Tu’addini ila maa huwa ‘indaka min khoirin kabiir…
Yang ‘kan mengantarkanku menuju apa yang ada di sisi-Mu dari kebaikan nan berlimpah
فَياَ رَبَّناَ...
Fayaa Rabbana…
Duhai Rabb kami…
لَيْتَنِيْ أَطِيْرُ إِلَىالسَّمَاءِ السَّبْعَةْ
Laitani athiiru ilassamaaissab’ah
Andaikata ku bisa terbang ke langit ketujuh
مَعَ أَجْنِحَتِيْ الضَّعِيْفَةِ وَبَقِِيَّةِ اْلمَحَبَّةْ
Ma’a ajnihatiy addho’ifati wa baqiyyatil mahabbah
Bersama sayap-sayapku yang lemah dan sisa-sisa cinta
أَشْكُوْ إِلَيْكَ عَلَى سَائِرِ سِيْرَتِيْ اْلمُمْتَدَّةْ
Asyku ilaika ‘ala saairi siirotiy almumtaddah
‘Kan kuadukan pada-Mu atas segenap sejarahku nan terbentang
بَيْنَ النََّفَسِ وَالدَّمْعِ وَمَرَارَةِ اْلمِحْنَةْ
Bainannafasi waddam’i wa marorotil mihnah
Di antara nafas, airmata, serta pahitnya cobaan
فَياَ رَبَّناَ...
Fayaa Rabbana…
Duhai Rabb kami…
نَوِّرْنِيْ بِالْهُدَى وَالسَّعَادَةِ وَاْلاِسْتِقَامَةْ
Nawwirni bilhuda wassa’adati wal istiqomah
Sinarilah diriku dengan hidayah, kebahagiaan, dan istiqomah
حَتَّى يَأْتِيَنِيَ اْليقِيْنُ بِلاَ خَسَارَةْ
Hatta ya’tiyaniyal yaqiinu bilaa khosaroh
Hingga kematian menjemputku tanpa ada kerugian
إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعْوَةْ
Innaka Samii’un Qoriibun Mujiibudda’wah
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Maha dekat, dan Maha Mengabulkan segala do’a

Monday, January 24, 2011

Nak Teddy Camni Bleh?



Wa geramnya tengok teddy bear nih... cute sangat...... aku suka sangat teddy bear jenis macam nih...... jenis benang bulu camni..... boleh di katakan nak yang sama camni lah..... cuma nak yang besar punya...boleh? Ada sesapa yang sponsor teddy bear tuh untuk aku?

Sunday, January 23, 2011

Jom Layan


Pagi nih sebok lah nak cari ringtones baru untuk my handphone. Bukan apa... dah bosan layan lagu Amr Diab... so bertukar plak kepada Tamer Hosny & Hamada Helal..... saja nak ubah selera... tapi still lagu arab okey. So jumpalah lagu nih.... ble upload kat handphone....haha

Burger




Pagi nih susah tul nak tido..... perut plak berkeroncong mendendangkan lagu ntah apa2 ntah... aku pun x tau. So teragak plak nak makan burger kat awek depan taman nih.... rasa bleh tahan jugak la.... x la mahal mana pun.... so aku order satu berger ayam biasa, baru RM 1.50 jer. Kira oklah kan dengan harga tuh.... nama pun dok banda2.... ingatkan nak trun kejap ja..... mana x nya seronok borak pasal bisnes punya pasal, sampai naik sejuk berger yang aku order tadi x di makan-makan. Mana x nya, dekat 2 jam gak la dok lepak sana. Tengok jam pun dah pukul 1.30 pagi. Huhuhu....

Saturday, January 22, 2011

LuQman Al-Hakim



Tak sangka sungguh, ada someone yang panggil aku LuQman. Lama dah aku x dengar nama tu. Tapi nama tu antara nama yang aku suka sejak zaman sekolah lagi. Aku pun dah ingat-ingat lupa. Tapi pengertiannya amat bermakna.... thanks friend. Setahu aku LuQman bermakna Bijaksana, Nama orang yang bijaksana, Nama nabi, manakala Al-Hakim pula bermaksud Maha Bijaksana. Mungkin tanggal 2011 nih adalah Nur bagi aku, insya'Allah. Jom kita hayati 10 Wasiat LuQman Al Hakim kepada anak-anaknya. Renung-renungkanlah :

10 Pesanan LuQman Al-Hakim Kepada Anaknya
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:
“Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” QS. 31:13
Tiada kata seindah doa dan nasihat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah seorang hamba pilihan Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahsia kehidupan. Pada anaknya Lukmanul Hakim memberi nasihat, yang sarat makna dan rahsia kehidupan, semuga jadi pegangan.
1. Wahai Anakku yang ku sayangi…
Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT.
2. Wahai anakku yang ku sayangi…
Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah.
3. Wahai anakku yang ku sayangi…
Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.
4. Wahai anakku yang ku sayangi…
Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.
5. Wahai anakku yang ku sayangi…
Jauhkanlah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
6. Wahai anakku yang ku sayangi…
Selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT
7. Wahai anakku yang ku sayangi…
Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan senantiasa melamunkan perkara yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan.
8. Wahai anakku yang ku sayangi…
Engkau telah merasakan betapa berat memindahkan batu itu dan besi yang amat berat tetapi akan berat lagi dari semua itu, adalah apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.
9. Wahai anakku yang ku sayangi…
Janganlah sekali-kali engkau mengirimkan seseorang yang bodoh menjadi utusan. Jika tidak ada orang yang cerdas dan pintar, sebaiknya dirimu sendiri yang menjadi utusan.
10. Wahai anakku yang ku sayangi…
Makanlah makanan bersama orang-orang yang bertakwa dan musyawarahkanlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat kepadanya.





Friday, January 21, 2011

Makan Malam

Fuh... letihnya hari nih.... lepas balik dari opis aku td, sempat singgah pi makan malam kat Rasta TTDI. Ble tahan mahal jugak makanan kat sini. Rasa x lah sedap mana pun. Tapi harga mahal ya rabbi. Sebab perut dah kebulur... so makan ja lah apa yang ada.






Thursday, January 20, 2011

Website Oh Website

Bulan nih bz sangat rasanya. Dapat tido pun just 2 jam ja sehari. Tak tau la bila masanya aku nak siapkan laman web company aku nih.... dah dekat 1 bulan dah... tapi satu benda pun masih x berusik lg. Tengoklah camna kan... ada masa nanti aku akan develop slow-slow.....huhu

Wednesday, January 19, 2011

Layan Bosan


Sehari suntuk hari nih aku buat kerja... letih Ya Rabbi. Tak tau lah bila nak siapnya. Siang malam masih dok kerja. Tapi nak buat macam mana kan, dah tanggungjawab aku. Sunyi la plak malam-malam nih. So search lagu kat youtube.... jumpa lagu nih.... lama dah x dengar. Lagipun aku mmg minat sangat la dengar lagu nih.... Saja nak layan feeling sat. Jom kita layanzzzzz.......

PJ Old Town

Awal pagi lagi dah keluar ke PJ Old Town. Bukannya apa, sekadar membeli barangan keperluan harian. Lagipun harga barang di sana agak murah berbanding dengan tempat lain. Sambil tunggu bas, sempat juga capture gambar sekeping dia panorama di PJ Old Town.








Tuesday, January 18, 2011

Kenapa Dengan Aku Nih?



Awal pagi aku bangun pagi nih.... mana x nya kul 5.30 pagi mata dah celik. Bangun ja trus on YM bleh? Pagi2 lagi fikiran dah melayang, banyak sangat perkara aku nak fikir skarang nih... sampai naik jam aku rasa... tension sungguh. Minggu nih dah start kuliah balik. Timetable aku x download lagi. Camtu la rutin aku hari-hari. Kerja tido makan study. Macam aku nih xda life langsung nak bersuka ria. Tapi ntah lah mungkin ini yang terbaik untuk aku buat sementara nih. Pengalaman banyak mengajar aku erti hidup. Apapun aku amat bersyukur dengan rezeki yang Allah pada aku selama ini. Syukran Ya Allah. Tetiba terdetik plak hati aku nak mainkan lagu nih berulang kali. Terlalu banyak nostalgia suka dan duka padanya. Tapi entah la, kenapa aku sayang sangat kat dia. Aku pun x tau kenapa. Tapi perkara dah lama berlalu..... dan biarlah jadi kenangan semata. Sayang... i miss u alot :( :( :(

Monday, January 17, 2011

Lama x borak ngan Iz

Lama gak la aku x contact Iz, dah masing2 bz kan..... nak buat macam mana..... masing2 ada tugas nak uruskan.... kalau balik kampung, x sah kalau x lepak sama ngan kawan baik aku nih. Mana x nya, masing-masing kepalotak gila-gila, mmg best sangat la layan. Hari nih baru nampak Iz online. Saja ja la nak teguran. Tup2 x pasal2 kena marah. "Awat hang balik kampung x call aku pun? Bagus sangat la buat perangai lagu tu....". Ait hang nape Iz, xda angin...xda ribut.... tetiba macam bertih jagung aku kena marah. Tapi salah aku gak, mmg janji ngan Iz nak balik kampung minggu lepas. Aku pun lupa nak bgtau dia yang x jadi balik. Mana x nya. kerja bertimbun-timbun menanti. Apa2 pun aku mintak maaf sangat hang Iz x inform kat hang awai2 na. Hujung bulan aku balik kita jumpa ok? Jangan marah2 nanti cepat tua.

Yang bestnya, hari nih dapat berita gembira dari Iz, sbb dia dapat Surat bagi Pengesahan Jawatan dari jabatan. Congratulation.... kerja baik2 tau. Yang aku tau, aku balik nanti hang kena belanja aku makan McD okey.... haha.. saja ja aku nih nak kasi pedajal kawan.

Sunday, January 16, 2011

Fotografi

Stress betul hari nih, banyak betul kerja nak buat. Sambil rileks2..... edit sekeping gambar nih.... so nih la hasilnya. Bagi sesiapa yang inginkan khidmat fotografi dan editing, so boleh la contact aku ya.

DJ Biz Card

Alhamdulillah, siap lagi satu design Biz Card nih. Tempahan dari Bro Wahid. Bereh



untuk produk yang lain, sila kunjungi :