Tuesday, November 30, 2010

Walimatul Urus


Pagi nih sempat lagi godek2 PC untuk edit gambar nikah Shah. Tapi xde idea la plak nak edit camne. At last, aku try la sekeping dua..... saja nak test power. Lama dah aku x buat kerja2 editing nih. So nih lah hasilnya. Tapi aku dah compress gambar tuh jadi kecik untuk memudahkan aku upload ke dalam blog aku nih. So pixel nya agak pecah, tapi still ble tgk hasilnya khas untuk tatapan rakan2 blogger ku.



Monday, November 29, 2010

Sekali Aku Jatuh Cinta


Lagu ini di tujukan khas untuk semua insan yang aku SAYANG
Miss You Alot

Adakah DIA?

Hari nih gerak dari kampung dalam kul 0230 PM. Lama gak la dok tunggu bas. Sampai jer Seremban, trus ambil Komuter menghala ke PJ. Alhamdulillah, nasib baik x ramai orang. Kalau x, jenuh la nak berebut ngan diorang satu hal, kena berdiri lagi satu kes. Huhu.....Sampai ja kat Stesen Komuter Kajang,  aku terperasan sekelibat seseorang yang pernah aku kenali 11 tahun yang lalu. Mungkinkah dia? Ishhhh... x mungkin la dia..... tapi iras wajah "dia" saling tak tumpah dengan wajah insan yang pernah mencuri hati ku ini. Rasa sayangku x pernah dan tak akan luntur sampai bila-bila. Namun nak buat macam mana, jodoh x kesampaian. Lama juga aku mengelamun...... ah lantak lah.... yang berlalu biarkan ia berlalu.... aku tau dia bahagia sekarang......

Sampai je aku kat PJ, hujan lebat mencurah-curah. Mungkin nasib menyebelahiku..... x sampai 5 minit, bas pun sampai...... bila sampai je, sempat lagi pekena Tom Yam Campur + Teh Tarik Panas. Perh.... mmg best layan time2 hujan nih..... lebih2 lagi, perut tengah kebulur..... eeerrkkkk.... alhamdulillah kenyang.

Hujan pun dah agak mereda, so aku redahkan aje. Singgah jap kat Kedai Gunting. Walaupun baru 2 minggu lepas aku gunting rambut, rasa cam rimas la pulak simpan rambut panjang-panjang nih. "Bro... kasi botak habis....wokeh...". Habis rambut aku kena tarah habis-habisan. Tapi x pe.... ringan sikit satu kepala.

Mencari Jalan Pulang


Awal pagi aku bangun hari nih.....sambil2 tuh sempat lagi layan MHI di TV3. Tetiba hp berbunyi, dapat sms dr As..."Hi is...morning...As dah sampai kedah naik flight dari Sarawak pagi td". Welcome to Semenanjung As. As berkursus di kedah selama seminggu. Lepas tuh akan trus flight ke KL. Pagi nih dengan rajinnye aku masak sarapan Nasi Goreng Kampung dengan Air Milo Panas. Perh layannnnn.....pagi nih nak bersiap balik ke PJ. Terpaksa balik naik komuter dari Seremban ke KL sebab x booking tiket keretapi dari Gemas ke KL. Tapi xpe la, dapat "Cuci Mata" kat Seremban.

Sunday, November 28, 2010

Lepak Dengan Iz

Lepas selesai photoshoot semalam..... kebetulan lepas maghrib..... hp aku berbunyi. "Assalamualaikum Is, hang dah settle lom? aku baru ja selesai majlis, aku on da way nak pi jemput hang kat rumah"......Dalam 7.40 iz pun sampai kat rumah aku..... "Hang dah makan lom nih? Kalau belum makan kita trun ja mana2 dulu...." perihatin gak kawan aku nih kat aku ya..... "Aku dah kenyang la iz, dah melantak kat rumah pengantin td". Ujarku..... kalau macam tuh kita pi minum2 ja la bila sampai segamat nanti, aku ok ja... lama gak la aku lepak kat situ.Sempat lagi pekena tembikai laici dan teh O ais. Sampai ja kat rumah iz, kitorang berborak sakan sambil layan facebook. Bincang pasal bisnes, pasal kerja, study aku...... macam2 dok di bualkan sampai la ke pagi. Lepas mandi, dalam kul 10.30 pagi.... iz trus hantar aku balik rumah. Sbb masih berlambak lagi tugasan aku yang masih menanti.

Saturday, November 27, 2010

Selamat Pengantin Baru


Huh letih hari nih.... seharian aku buat photoshoot hari nih..... walaupun demam aku tetap gagahkan jua. Apa pun aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru pada best friend aku Shah n wife. Moga berkekalan sehingga ke akhir hayat, Insya'Allah. Hari nih walaupun letih tapi mmg berbaloi sgt ler. Selesai semua majlis pada 4.30 pm. Hari nih sempat beramah mesra dengan YB kawasan iaitu Dato' Siti Zainab. Sporting giler YB tuh sembat dok lyn karaoke kt rumah pengantin. Walau apa pun mmg happening..... besh sangat. Malam nih nak pi Segamat pulak lepak kat rumah Iz. Saje lepak jumpa2 kwn. Lama dah x kuar ngan kwn2.

Friday, November 26, 2010

Outstation

Macam malas nak outstation malam nih....... dah la kena gerak naik train malam..... boringnya la sorang2 dalam keadaan kesihatan yang x stabil nih......bestnya kalau ada someone yang temankan. Sbb pagi sok ada job photoshoot kat kampung untuk majlis perkahwinan Shah (my x-classmate). Sampai sana sure dah pagi. Huhu... ngantuk2...... Nak x nak kenalah pi jugak. Rezeki tuh, lagipun kitorang mmg kawan rapat sejak kecik lagi. X sedap hati lah plak kalau x pi majlis nikah dia nanti sbb dah banyak kali dia bagitau dan nak aku jadi photographer dia. Kena lah tunaikan hajat orang. Yang penting rezeki masyuk, alhamdulillah.....

Demam Lagi

Aduih..... aku demam lagi...... dah seminggu aku demam sampai skarang x sihat-sihat lagi. Entahlah musimnya kot? Hari nih aku terpaksa ambil MC memandangkan ketidaklaratan badan untuk aku ke opis pagi tadi. Lepas sarapan, terus pi klinik Dr Nuraizi di kawasan yang berdekatan. Ayoooo... orang punyalah ramai, punyalah semangat pergi pagi-pagi. Ingatkan xda orang, tup2 klinik punyalah penuh dengan manusia yang sakit macam aku gak. Mungkin sebab dah musim sakit kot. Nak tak nak kenalah tunggu turn untuk buat check up. Dekat sejam lebih jugaklah dok menunggu dengan penuh kesabaran. Akhirnya namaku di panggil jua. Macam2 doktor dok check aku td, tekanan darah tinggi xda masalah..... kencing manis clear....... lain2 penyakit pun clear, alhamdulillah. Hanya satu sahaja yang doktor sarankan..... banyakkan rehat, jangan banyak fikir dan tidur ikut masa yang di tetapkan..... huhu.. tuh yang aku naik lemah dengar. Mana taknya, rehat mmglah x pernah nak cukup. Manjang dok berjaga setiap malam. Nak buat macam mana kan..... dah nama pun tugas. Bertimbun ubat dia kasi. Ubat yang sedia ada pun x habis-habis lagi. Tapi demam aku macam tuh jugak. At last, ranap RM 45 sahaja !

Thursday, November 25, 2010

Rezeki

Tengahari tadi sempat jugak la aku santap makanan yang Auntie Zalika (adik Tn Haji) sediakan untuk kami satu opis...... mmg setiap hari khamis dan jumaat, opis aku selalu ja buat jamuan makan ramai-ramai. Hari nih kami di sajikan makan nasi impit, kuah kacang dan rendang sebagai menu utama. Sempat jugak ada santapan salad untuk kami bagi sesiapa yang diet. Diet la sangat kan..... hahaha....... Selain tuh, ada buah tembikai, limau dan anggur merah. Dah selesai semua, melantak plak ayam goreng ngan kuih muih sebagai pencuci mulut di sulami air punch yang mmg best..... Syukran Ya Allah atas rezeki yang di kurniakan. Kalau lama lagi aku kerja kat sini bertambah naik la berat badan aku. Mana x nya...... dok dalam bilik air-cond sorang2, so apa lagi...... JOM TIDUR.........

Kenapa DIA?


Ish.... apsal sejak 2 menjak nih asyik ingat kat dia ja? Xde orang lain lg ke? Yang dah lepas tuh biarlah lepas.....entah lah x tau nak kata apa...... tetapi mmg susah nak lupa kenangan bersama orang yang kita sayang. Mungkin xda jodoh kot. Bukan apa, sunyi dok solo nih..... makan sorang2..... tido sorang2....... mandi sorang2.... eh x kan nak mandi pun sama2 kot?............TUT................. hehehe.... x baik fikir bukan2 na......

Doa' Penerang Hati

Argghhhhhh Stress

Arrrgghhhhhh !!!! Tensionnya malam nih..... balik kerja ingat nak study apa yang patut..... Wekap wei wekap.... next month nak final dah..... arghhhh tidddaaaakkkkkk !!!! Badan plak letih ya amat...... dengan demamnya, sakit kepalanya, sakit kejang otot pagi tadi pun x settle lagi... camne tu? This weekend kena outstation lagi.....arrgghhh letihnya nak travel jauh-jauh...... somebody help me !!!!! Malam nih ja beratus kali tarik nafas. Naik semput aku di buatnya.... macam2 benda nak buat.... satu pun x settle lagi..... semuanya nak urgent plak tuh..... Ya Allah berikan lah hambamu ini kekuatan..... pagi sok nak bangun awal...... nak study apa yang patut.... kalau x bila lagi nak buat......tul x? Stress.... stress......

Wednesday, November 24, 2010

Kekejangan

Subhanallah.... bangun pagi nih tetiba ja kena sindrom kekejangan di pangkal betis kaki kiri. Sakitnya Ya Rabbi. Terpaksalah berkelelong sorang diri atas katil pagi nih........arhhhhh dugaan2..... mungkin di sebabkan oleh rehat yang tidak mencukupi dan terlalu banyak bergerak membuatkan ototku kejang pagi nih. Pelbagai dugaan yang Allah beri padaku sendirian. Namun aku terima pemberianNya dengan hati yang redha. Mungkin ini ketetapan bagiku untuk meniti hari-hari yang mendatang yang bisa membuatkan aku menjadi seorang lelaki yang tabah. Amin Ya Rabb~~~~~~~~~~~~~

Mencari Jalan Pulang

Huh ! Letih sungguh hari nih..... tengah malam baru sampai rumah...... begini lah nasib orang makan gaji..... orang lain semuanya dah nyenyak tido.... aku baru terhegeh hegeh nak balik dari opis...... sambil jalan2 tuh..... sempat lagi dok shoot gambar nih..... dah xda kerja sangat la tu... sampai signboard jalan pun aku nak shoot, hahaha..... mencari siratul mustaqim....... entah la.. semua tu ketentuan Allah......kita sebagai umat akhir zaman nih..... entah bertemu ke tidak jalan yang lurus tuh nanti..... silap2 haribulan bengkang bengkok macam ulau melingkau atas pagau .... nauzubillahi minzalik..... Lepas mandi nih ingat nak tido terus, tapi biji mata nih masih terbeliak segar.... so sempatlah nak update entry nih...... tapi x tau apa nak cerita.... so merapu ja lah kan....huhu..... Esok nak bangun awal..... nak singgah sat pos office.... hantar borang biasiswa aku tempohari.... approval dari universiti semua dah dapat.... tapi x sempat nak pos2 kana lagi.... banyak sangat kerja nak buat... sampai benda yang penting pun aku boleh lupa.... biasalah sejak dua menjak nih... semua memory dah low..... terimalah seadanya bahawa aku nih dah tua......tapi kawin pun blum lagi..... apa nak jadi ngan aku nih pun aku x tau.... ada x awek2 cun yang offer diri nak jadi zawjah aku? Meh la... dah kemaruk sangat dah nih.....hahaha....

Tuesday, November 23, 2010

Fantasia Musim Cinta


Pukul 5.45 PM sudah. Malam nih kena stayback kat opis sampai kul 10 PM. Sambil dok lepak-lepak depan PC, jumpa pulak lagu nih...... tetiba teringat nostalgia lalu. Sama-sama pi Karaoke Jamban nyanyi lagu nih... Pergh dasyat....jiwang sungguh.....hehehe..... Entah apa lah khabar dia skarang...... lama dah x dengar berita. Takkan la dah lupa terus kat aku nih. Walau apa pun.... aku tetap akan ingat kenangan ni sampai bila-bila. Kalau dia terbaca entry aku nih, harap dia dapat contact aku macam dulu-dulu.

Kenapa Perlu Bangun Pagi?


Hari2 kt manusia ni bangun dari tidur. Bukak mata, bangun dari tempat tidur dsebagainya..ape agaknya yg menjadi misi kt? Cuba review balik sejenak..bangun pagi sbb nk siap2 pegi kerja, bangun pagi sbb nk jmp kawan, bangun pagi sbb ade exam pagi tu atau etc?

Tak pun, klu ade hari yg kt bangun lambat dlm kol 6.30am/6.45am & dlm masa sama pagi tu kt ade urusan kol 7.30am. Mesti gelabah kan. Tapi tengok balik, apa yg kt gelabahkan..nak cepat2 mandi & baru solat subuh? ataupun bangun tu gelabah sbb baju x gosok lagi. atau gelabah sbb waktu subuh dh nak habis..atau cne? ke mana pegi janji & ikrar kt pada Allah: innasolaati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirobil 'alaamin..

Situasi lain, susah bangun pagi. Pasang alarm dgn volume paling kuat & tone yg paling annoying pun x terbangun2 jugak. even letak hphone kat tepi telinga pun statik jugak. nk kene tunggu disimbah air dulu atau ditarik bangun ke tandas. huhu.

Ni semua adalah part of event yg kt lalui pagi2. Selalu mak Aku pesan..klu mlm tu kt tidur & mmg kt niat utk bangun pagi tu utk solat subuh, insya'Allah kt akan bangun dgn sendirinya. dlm kata lain, kt sebenarnya dikejutkan oleh Allah. x payah pasang alarm kat jam/phone pun, sebenarnya kt mampu utk bangun sendiri.

Teringat kisah masa kat sekolah dulu, ade kawan yg tertido lepas qiyam. masa tu dh azan dh. and then die dgr ade suara panggil nama die dgn sgt kuat. sdgkan masa tu, xde sape antara kami yg panggil die. ade jugak abang aku tido mcm biasa..dan pagi tu dia rasa ade org goyang bahu dia. sedar2, masa tu tgh azan subuh. tentu ade antara anda yg pernah alami peristiwa2 mcm ni. hmm.. ini semua pertolongan & kehendak Allah. Dia yg mencipta manusia. dan Dia tahu manusia punya kelemahan. Klu sudah ditetapkan pagi itu ruh kt ditarik, buatlah mcm manepun, kt akan tetap x bangun.

wallahu'allam~

Important Meeting

Awal aku balik kerja hari nih.... gerak dari opis kul 5.30..... sampai kat rumah dalam kul 8.00 malam..... turun ja bas, terus menuju ke warong Jamal. Sempat juga pekena Nasi Putih + Tom Yam Campur Panas + Telur Dadar + Tongkat Ali Panas. Alhamdulillah tulah rezeki aku malam nih. Syukran Ya Allah. Bila tengok jam, dah pukul 8.30... terus bergegas balik rumah..... bersiap apa yang patut. Lepas solat Isya' malam nih........ phone berbunyi..... member dah on the way ke rumah aku....... malam nih aku ada meeting untuk discuss my future biz yang bakal aku buat x lama lagi...... moga2 semuanya berjalan lancar, insya'Allah....... lama gak la dok bincang itu ini. Makan masa 2 jam jugalah... Akhirnya dapat juga kata putus.......Alhamdulillah selesai satu perkara......

Boring pulak malam nih xda nak buat apa.... on laptop... trus on YM. Dok godek2 list kawan2 yang tengah online...... sempat gak la borak ngan sorang dua. Tetiba dapat satu pop up....... "Assalamualaikum......sihat...??" Lama sungguh aku x chat ngan Iz...... ingatkan dah lupa kawan......sorry iz, aku gurau ja....hang jangan marah na...... apa pun hang le kawan aku dunia akhirat, insya'Allah.... moga persahabatan kita kekal...... Minggu nih aku balik kampung kita jumpa key....... hehehe........

Monday, November 22, 2010

Semangat

Awal sungguh aku pi office hari nih.... semangat sungguh rasa.... lepas subuh ja tadi aku trus gerak..... jarang aku bersemangat macam nih..... tapi alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana limpah dan kurniaNya aku masih bernafas hingga ke hari ini meniti hari demi hari. Aku bersyukur sesangat.....Syukran Ya Allah....... atas kurniaanNya. Walaupun demamku masih belum kebah, namun aku tetap bersemangat...... selesai ja sarapan pagi nih..... berputar-putar kepala otakku memikirkan pelbagai spekulasi yang tengah aku fikirkan sekarang ni. Bisnes ku...... pelajaranku........ kerjaku....... yang paling utama sekali adalah masa depanku....... aku semakin bersemangat kini untuk memperkembangkan bakat dan kebolehanku all out sehingga titisan keringatku yang terakhir, insya'Allah..... Ya Allah.... berikan lah hambamu ini kekuatan dan mempermudahkan lah segala urusan ku mengharungi hari-hari mendatang....... kini aku ingin mencari konsep perniagaan yang bisa memperoleh keuntungan hari-hari namun mempunyai potensi untuk berkembang dalam jangkamasa yang lama di samping perniagaan ku yang sedia ada. Insya'Allah aku akan buat sehabis baik...... Aku boleh berjaya.... teruskan usahamu....... Barakallahu Feeq......Amin.....

Sunday, November 21, 2010

Assignment Oh Assignment

Aku bersemangat waja pagi nih...... masih bangun awal walaupun aku tido lewat hari nih.... kepala rasa agak kepeningan akibat kekurangan tidur yang tidak teratur..... namun demam ku masih lagi belum kebah sepenuhnya..... nak bersarapan pun masih tak berselera...... entahlah aku sendiri pun x tahu lah nak makan apa pagi nih.... yang pastinya assignment aku bertimbun timbun untuk di siapkan sebelum ianyanya di hantar minggu depan..... bukannya buat kerja last minute.... tapi kesihatanku sejak dua menjak nih kurang memberangsangkan. Namun aku gagahkan jua. Kerna aku tau..... sejak 2 menjak nih fikiranku. seringkali merewang jauh dengan memikirkan masa depanku sendiri dengan berusaha sebaik mungkin meniti hari-hari yang mendatang. Entahlah... mungkin ini nasibku.... x perlulah aku untuk mengeluh.....Mungkin ini adalah yang terbaik untukku yang Allah berikan kepada ku. Aku bersyukur atas segala pemberian dariNya. Syukran Ya Allah atas rezeki dan dugaan yang Engkau Kurniakan ini, membuatkan ku menjadi seorang insan yang tabah.... setabah Rabi'atul Adawiyyah seorang wanita Zuhud, yang merupakan salah seorang Khalifatullah Fil 'Ard yang terpilih OlehMu..... namun aku hanya insan biasa....... Ya Rabbal 'Alamin...... Nampaknya terpaksalah aku memontengkan diri ku dari menghadiri kuliah Graphic pagi nih memandangkan ketidakstabilan badanku yang tidak mengizinkan ku melangkah ke sana....... Sorry Sir......

Masih Berjaga



Huh..... mengerling ke arah jam di laptop ku.... x sangka dah kul 2.26 am..... tapi mata masih x boleh nak tidur lagi...... terlalu banyak benda yang tengah berlegar-legar di kotak fikiranku...... Ya Allah permudahkan lah segala urusanku..... satu persatu perlu diuruskan.... dengan masalah kerja lagi yang x habis-habis...... study lagi..... exam lagi..... arrrrggghhhhh..... kalau nak di fikirkan semua..... naik gila aku di buatnya..... menung panjang aku pagi nih..... buat solat hajat pepagi nih bagus la jugak kan? mintak petunjuk pada yang Maha Esa, moga-moga segala urusanku di permudahkan, insya'Allah...... tapi kenapa la aku terfikir pasal si dia? Angau pe aku nih? Enough ok...... pi buang jauh2......

Saturday, November 20, 2010

Awwalul Kalam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh......

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, maka terhasil lah blog peribadi bagi luahan hatiku untuk tatapan sahabat taulan di luar sana.

Insya'Allah.... Baraqallahu Feeq.....