Friday, November 26, 2010
Demam Lagi
Aduih..... aku demam lagi...... dah seminggu aku demam sampai skarang x sihat-sihat lagi. Entahlah musimnya kot? Hari nih aku terpaksa ambil MC memandangkan ketidaklaratan badan untuk aku ke opis pagi tadi. Lepas sarapan, terus pi klinik Dr Nuraizi di kawasan yang berdekatan. Ayoooo... orang punyalah ramai, punyalah semangat pergi pagi-pagi. Ingatkan xda orang, tup2 klinik punyalah penuh dengan manusia yang sakit macam aku gak. Mungkin sebab dah musim sakit kot. Nak tak nak kenalah tunggu turn untuk buat check up. Dekat sejam lebih jugaklah dok menunggu dengan penuh kesabaran. Akhirnya namaku di panggil jua. Macam2 doktor dok check aku td, tekanan darah tinggi xda masalah..... kencing manis clear....... lain2 penyakit pun clear, alhamdulillah. Hanya satu sahaja yang doktor sarankan..... banyakkan rehat, jangan banyak fikir dan tidur ikut masa yang di tetapkan..... huhu.. tuh yang aku naik lemah dengar. Mana taknya, rehat mmglah x pernah nak cukup. Manjang dok berjaga setiap malam. Nak buat macam mana kan..... dah nama pun tugas. Bertimbun ubat dia kasi. Ubat yang sedia ada pun x habis-habis lagi. Tapi demam aku macam tuh jugak. At last, ranap RM 45 sahaja !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment